Sewa Murah : Tepak Sireh & Tapak Bunga Pahar

Tepak Sireh dan Tapak Bunga Pahar merupakan antara alat penting yang perlu ada di dalam Majlis Perkahwinan Melayu. Tepak Sireh dan Tapak Bunga Pahar secara traditional nya diperbuat daripada tembaga yang diukir cantik. Oleh yang demikian, harga bagi seunit Tepak Sireh / Tapak Bunga Pahar adalah sangat mahal. Saya pernah pergi survey sendiri di beberapa kedai dan berasa kecewa kerana tidak banyak kedai yang ada menjual Tepak Sireh / Tapak Bunga Pahar yang diperbuat daripada Tembaga ini. 

Akhir sekali saya berjaya jumpa satu kedai di Nilai yang ada menjualnya. Namun begitu, saya sangat terkejut kerana harganya yang sangat tinggi. Satu tepak sireh berharga dari RM300-RM600+!! Masya Allah mahalnya.


Ramai pengantin yang mencari-cari tepak sireh tetapi tidak ramai yang mampu membelinya, ini kan lagi barang-barang ini hanya digunakan sekali seumur hidup sahaja. Di sinilah bermulanya idea saya untuk membuat perniagaan sewaan tepak sireh dan tapak bunga pahar tembaga. Ibu saya merupakan seorang pengumpul barang-barang tembaga ini. Sudah bertahun-tahun barang-barang tembaga ini menjadi perhiasan di almari ruang tamu rumah kami. Oleh kerana, ianya sangat jarang digunakan maka saya telah meminta izin ibu saya untuk menyewakannya kepada orang ramai. 


Pada promosi awal saya sewakan satu unit Tepak Sireh / Tapak Bunga Pahar Tembaga ini pada harga RM15 seminggu. Setelah setahun berlalu, promosi pon telah berakhir, harganya sewaan setiap unit barang-barang tembaga ini adalah RM20 sahaja seminggu. Memang murah. Para pengantin pon boleh berjimat, tak perlu lagi membeli dan duit itu boleh digunakan untuk majlis nanti.

Saya telah menerima banyak tempahan sewaan tepak sireh. Namun begitu, kerana saya tidak mempunyai stok yang banyak maka kami mengamalkan sistem first come first serves. Saya memang ada merancang untuk menambah lagi koleksi tembaga ini dan saya tengah mengumpul wang bagi mengembangkan lagi business ini. Doakan saya berjaya, yer. :-)


Untuk tempahan sewaan Tepak Sireh dan Tapak Bunga Pahar anda boleh whatsapp saya di 019-215 8822... 

Anda boleh juga layari instagram kami @le_barisha dan juga facebook kami @lebarisha2015 untuk melihat koleksi-koleksi dulang-dulang hantaran kami. 

Anda boleh datang mengambil tepak sireh / tapak bunga pahar ini samada di Desa Melawati, KL atau Putrajaya. 


 Love;
Le BARISHA


Comments