LUNCH DI RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG CYBERJAYA

  

Di Cyberjaya terdapat sebuah restoran yang sedang meningkat naik namanya, iaitu Restoran MAD Ayam Kampung. Haaa, bagi para penggemar ayam kampung serta masakan Melayu, tempat ini memang highly recommended. Makanan-makanan yang disediakan memang sedap. Peergh!! Sampaikan rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 yang terkenal tu pon turut datang mempromosikan restoran ini.

WAKTU OPERASI RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG

                             

Restoran ini dibuka setiap hari (kecuali hari Jumaat) pada pukul 11.00 pagi - 3.00 petang untuk sesi makan tengah hari (lauk campur) dan sesi malam pula dibuka dari pukul 5.00 petang - 12.00 malam (masakan panas). 

LOKASI & REKA BENTUK RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG

 

Restoran MAD Ayam Kampung ini terletak di Biz Avenue, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo @ Cyber, Cyberjaya Selangor. Berdekatan dengan Wisma EMKAY dan juga apartment Domain. Anda boleh juga waze atau search di Google Map nama: "MAD AYAM KAMPUNG" atau "MAT AYAM KAMPUNG" atau boleh juga masukkan koordinat = (2.915526,102.650338). Mudah sahaja. 


Yang menariknya, Restoran ini telah direka bentuk dan dibina oleh pemilik-pemilik dan ahli keluarga pemilik-pemilik restoran ini sendiri. 

SESI MAKAN TENGAH HARI 

                            

Kali ini saya ingin bercerita tentang sesi makan tengah hari sahaja. Jika saya cerita pasal sesi makan malam sekali sudah pasti panjang berjela-jela entry kali ini. 


Sesi makan tengah hari adalah yang paling meriah sekali. Ramai pelanggan yang datang bukan sahaja daripada Cyberjaya malah ada pelanggan-pelanggan dari berbagai-bagai tempat turut mengunjungi restoran ini. Ada pelanggan yang datang jauh-jauh dari Johor, Sabah, Sarawak dan pelbagai lagi tempat lain. Setiap hari Restoran MAD Ayam Kampung ini dikunjungi pelanggan yang sangat ramai. Oleh itu, adalah lebih elok jika anda datang lebih awal kerana takut makanan yang dihidangkan kehabisan. 


LAUK-PAUK YANG TERKENAL DI RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG 



Menu makan tengah hari yang terkenal sudah pastilah Ayam Kampung yang digoreng panas-panas. Dagingnya lebut dan agak rangup. Makan sekali pasti mahu lagi.


Lauk Siput Sedut Masak Lemak ini memang laris. Tiap-tiap hari menu ini adalah yang paling cepat habis berbanding dengan lauk pauk lain. Yang bestnya, mudah sahaja nak sedut keluar isi siput ini. Tukang masak restoran memang pandai siang siput ini. Kuah masak lemaknya juga sangat sedap. 


Sambal Sotong ini juga antara HOT item pilihan pelanggan. Makan seketul sahaja tak cukup. Pasti bertambah-tambah. Yummy!


Bukat setakat Ayam Kampung, Ikan Patin Masak Tempoyak pon ada. Peerrghh!


Masak lemak ketam pon ada. Harga dia pon berpatutan. Payah nak jumpa kedai yang jual lauk ketam ini. Tengok gambar pon dah boleh buat jadi lapar. Haha.


Okay, yang ni memang favourite ramai ini. Sambal ikan bilis kacang. Tak sah kalau anda datang ke Restoran MAD Ayam Kampung tapi anda tidak mencuba sambal ini. Ramai pelanggan-pelanggan yang bungkus sambal ini untuk dikongsi bersama keluarga di rumah. Ada juga pelanggan yang bungkus sambal ini sampai berbekas-bekas untuk dibawa ke Mekah. Katanya sambal ini sedap dan tahan lama. Sesuai dibuat bekal ketika keluar negara. 

JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3

Baru-baru ini, rancangan terkenal; JALAN-JALAN CARI MAKAN telah datang shooting di Restoran ini. Waahh! Kalau sampai rancangan Jalan-Jalan Cari Makan buat pengambaran tu, sudah terbuktilah kesedapan makanan di restoran ini. Rugi tak cuba.







Excited tengok TV3 shooting sampai gambar van mereka pon diambil gambar. Haha. 


Seronoklah pelanggan-pelanggan ini dapat shooting sekali. Nanti dapat keluar TV3. Hehe.


Boss-boss Restoran MAD Ayam Kampung bergambar bersama Abang Naz. Pengacara rancangan Jalan-jalan Cari Makan. 

CATERING & ORDER BUNGKUS DALAM KUANTITI YANG BANYAK


Restoran MAD Ayam Kampung juga menyediakan perkhidmatan Catering dan Order Nasi Bungkus untuk majlis-majlis. Haaa, jika anda hendak buat jamuan, bolehlah datang ke restoran untuk membuat tempahan atau whatsapp 012-2008 747 / 019-317 8822 untuk maklumat lanjut.


KANAK-KANAK PON SUKA MAKAN DI RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG


Eh! Siapa kata restoran ini sesuai untuk orang dewasa sahaja. Kanak-kanak pon suka datang ke mari. Macam-macam lauk ada. Sesuai untuk semua peringkat usia tak kira bangsa atau agama.


PENUTUP

Sebagai penutup, jemputlah datang ke Restoran MAD Ayam Kampung. Macam-macam hidangan lazat disediakan. Ayam Kampung dia memang terbaik! Rugi tak cuba.



Love;
Le BARISHA 




















Comments