RESEPI Le BARISHA: BUBUR AYAM ala-ala MCD
Salam Jumaat semua. Dalam bulan Ramadhan ini, adakalanya kita rasa agak bingung nak makan apa buka puasa/ sahur nanti. Jika sekali sekala kita makan bubur pon sedap. Lagi-lagi bila makan bubur panas-panas ketika berbuka puasa atau sahur. Yummy! Peerrgh! Lagi best kalau bubur nasi tu sedap macam McD & KFC punya kan2?

Jadi kali ini saya ingin kongsikan resepi "BUBUR PANAS ala-ala McD versi Le BARISHA"....


.






Bahan-Bahan :
1. Beras 1 pot / 1 tin
2. Air 4 pot / tin (ikut kesukaan anda)
3. Stok Ayam
4. Garam
5. Sedikit hirisan Ayam
6. Daun bawang + daun sup
7. Bawang goreng
8. Sayur campur
9. Minyak bijan





Cara-cara :
1. Campurkan beras & air dalam periuk
2. Masak hingga menjadi bubur pada api kecil agar tidak hangus & sentiasa kacau... Nk guna slow cooker / periuk nasi pon boleh..
3. Masukkan ayam ke dalam bubur sebelum bubur mula empuk.
4. Masukkan stok ayam & kacau hingga mesra. Kami suka stok ayam yg jenis cecair, tp jika anda mahu gunakan stok ayam dlm kiub pon boleh. Kalau nak campur stok ayam kiub & cecair lg sedap...

5. Kemudian, masukkan sayuran campur.
6. Akhir sekali masukkan garam & minyak bijan secukup rasa.
7. Setelah bubur lembut, hidangkan di atas mangkuk & taburkan hirisan daun sup + bawang serta sedikit bawang goreng... .
Peeerrgh! Terliur...Sedapnye mkn panas2.... .
....Selamat mencuba dan selamat berbuka...
Love;
Le BARISHA
😉

Comments
Post a Comment