DINNER DI RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG
Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk ke restoran yang sedang hangat diperkatakan di Cyberjaya iaitu RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG untuk makan tengah hari, jangan risau kini restoran ini turut dibuka untuk sesi malam. Sambungan dari entry saya yang sebelum ini, kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman makan malam di RESTORAN MAD AYAM KAMPUNG di Neo @ Cyberjaya, Selangor. Tidak seperti sesi makan tengah hari, pada waktu malam restoran ini menyediakan masakan panas ala-ala Melayu + Thai.
Haa, jika anda ingin makan malam di sini, eloklah datang awal supaya masa menunggu tidaklah lama. Maklumlah, makin lewat malam makin ramai pelanggan yang datang. Sesi malam dibuka seawal 5 petang - 12 malam (setiap hari kecuali hari Jumaat).
Restoran Mad Ayam Kampung ini dimiliki oleh dua orang usahawan muda iaitu En. Muhd. Khairul Anwar dan juga En. Muhd. Sheiman Shah yang turut dibantu oleh Dato' Sr. Zulkefli seorang usahawan veteran yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Selain itu, mereka juga turut mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga dan juga kawan-kawan rapat.
Kenapa diberi nama MAD Ayam Kampung? Dengar ceritanya, nama MAD ini diambil setelah menggabungkan kedua-dua nama boss-boss restoran ini. Kedua-duanya mempunyai nama Muhammad di depan. Jadi mereka mengambil keputusan untuk menggunakan nama MAD. Selain itu, nama "MAD Ayam Kampung" juga boleh merujuk kepada "kegilaan" terhadap kesedapan Ayam Kampung. Wah, gitu rupanya. Baru tahu.
Jika anda tertanya-tanya apa kaitan Le BARISHA dengan Restoran Mad Ayam Kampung ini, haaa, kamilah yang telah membantu merekabentuk restoran ini, mencipta logo & signboard, design T-Shirt, photographer dan membantu turut membantu dari segi marketing strategy. Ehem-ehem, berbagai-bagai kerja kami boleh buat. Hehehe.
Le BARISHA turut membantu dalam hiasan dalaman restoran. Sebenarnya banyak lagi yang kami ingin hiasi restoran ini, akan tetapi kerana masa yang sangat suntuk jadi kami memilih design yang simple tapi cantik. Sesuai dengan bajet awal restoran. Mungkin pada masa depan nanti kami akan tambah lagi hiasan restoran ini.
Okaylah, bagi sesiapa yang kecewa tidak dapat berkunjung ke Restoran Mad Ayam Kampung pada waktu tengah hari dan sedih kerana tidak dapat nak rasa kesedapan ayam kampung di sini, anda bolehlah cuba masakan panas yang disediakan pada waktu malam. Jangan terkejut jika saya katakan bahawa anda turut boleh mendapatkan ayam kampung pada waktu malam. Haaa, antara menu istimewa di restoran ini adalah NASI GORENG MAD AYAM KAMPUNG.
Jeng-jeng... Inilah hidangan Nasi Goreng MAD Ayam Kampung yang terkenal tu. Ada nasi goreng yang sedap bersama Ayam Kampung Goreng yang lazat, digidang bersama telur mata, ulam-ulam dan sambal belacan. Peeerrghh! Memang sedap.
Selain itu, makanan kegemaran kami adalah IKAN SIAKAP 3 RASA ni. Peeerrgghh!! Tengoklah kuah serta sayur-sayuran tu, meriah sungguh. Ikannya pon digoreng rangup. Rasanya memang sedap. Gabungan 3 rasa menarik yang sukar untuk digambarkan. Haish! Terus rasa lapar ni. Hehe.
Kemudian, ada juga IKAN SIAKAP MASAK STIM LIMAU. Hidangan ini pon merupakan kegemaran kami. Rasanya memang enak, cukup rasa. Orang yang tengah tiada selera nak makan pon boleh jadi berselera jika cuba ikan stim limau ni. Tak perlu lauk lain, makan ikan stim dengan nasi putih pon dah cukup menyelerakan. Yummy!
Bagi penggemar Tom Yam, anda boleh cuba Tom Yam Merah dan juga Tom Yam putih di sini. Tom Yam Putih di restoran ini memang kegemaran ayah saya. Saya pula suka Tom Yam merahnya. Ikut citarasa masing-masing. Sayur Kailan Goreng Biasa / Kailan Ikan masin pon sedap tau. Nilah hidangan yang keluarga saya selalu order di restoran ini.
Okay, yang ini mungkin hidangan terbaru di restoran ini. Saya sendiri tak pernah cuba. Tapi, adik saya sangat menggemarinya. Tak silap saya nama hidangan ini adalah NASI GORENG MAD AYAM KAMPUNG SPECIAL (ada paprik ayam sekali). Meriahnya tengok nasi goreng ni. Penuh pinggan. Boleh share berdua bagi mereka yang berperut kecil.
Kalau bab makan-makan ini, tidak sahlah kalau tiada air. Kami suka minum di Restoran Mad Ayam Kampung. Air minuman dia setanding kedai mamak. Teh ais dan kopi ais dia memang favourite kami. Bagi sesiapa yang suka jumpa kawan-kawan sambil bincang-bincang business atau borak-borak kenangan lampau, bolehlah datang minum-minum di sini. Air Gelas besar pon ada tau. Kami suka order air gelas besar, puas minum. Hehe.
Orang Malaysia kan ramai yang suka makan di kawasan luar kedai sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa, Restoran MAD Ayam Kampung ada banyak menyediakan meja dan kerusi di kawasan keliling kedai, jadi mereka yang gemar duduk luar tu bolehlah datang ke sini.
Restoran MAD Ayam Kampung mendapat kunjungan dari pelanggan-pelanggan dari pelbagai bangsa. agama dan negara. Memang meriah.
Kanak-kanak pon suka datang ke Restoran MAD Ayam Kampung.
Meja pelanggan-pelanggan ini meriah dengan pelbagai hidangan yang lazat-lazat. Seronok kami lihat pelanggan-pelanggan yang tersenyum gembira.
Kesimpulannya, kami memang re-commend anda untuk cuba makanan di Restoran MAD Ayam Kampung ini. Sedap dan berpatutan harganya. Yummy!..
Love;
Le BARISHA
Comments
Post a Comment