BLOG PERTAMA SAYA + MOBILEGRAPHY FOR BEGINNER


Assalamualaikum dan hello semua.

Sebagai pembuka kata saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda yang sudi membaca blog saya. Atas permintaan ramai, setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya juga membuat blog sendiri. Selama ini segala update saya akan post dalam instagram dan juga facebook peribadi serta company saya sahaja.

Instagram: @key_rule, @le_barisha, @le_rimbun @madayamkampung
Faceook: @lebarisha2015 @restoranmadayamkampung

Gambar Makanan di Restoran Mad Ayam Kampung oleh rakan kami Mr. Rio


Namun begitu, ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak puas membaca update di dalam media sosial dan meminta saya membuka blog atau website sendiri. Alhamdulillah, hari ini setelah beberapa percubaan menggodek-godek website blogger.com ini, saya berjaya juga membina blog sendiri.

Ada beberapa perkara yang saya akan kongsikan di dalam blog saya seperti :

1.) Travelogue
2.) Gambar pemandangan / Mobilegraphy
3.) Resepi & jalan-jalan cari makan
4.) Aktiviti saya
5.) Aktiviti syarikat
6.) Dulang Hantaran
7.) Restoran Mad Ayam Kampung
8.) Seni dan D.I.Y
9.) Maklumat-maklumat yang menarik
10.) Produk-produk syarikat
12.) Perkongsian pelbagai pengalaman
13.) dan macam-macam lagi

Antara semua perkara di atas, yang paling saya gemar adalah mengambil gambar. Meskipun begitu, kebanyakkan gambar saya ambil hanya dengan menggunakan handphone sahaja. Teknik mengambil gambar menggunakan telefon bimbit ini dikenali sebagai "Mobilegraphy". Teknik "Mobilegraphy" mungkin tidak sehebat "Photography" yang mana menggunakan kamera yang lebih canggih seperti DSLR, akan tetapi dengan teknologi-teknologi masakini yang lebih canggih, gambar yang dihasilkan daripada "Mobilegraphy" juga boleh menjadi menarik dan cantik.


Gambar ini diambil dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.
(Osaka, Jepun)


Dipasaran terdapat pelbagai jenis handphone yang boleh mengambil gambar dengan lebih "sharp" dengan "resolution" yang tinggi. Namun begitu, saya cuma menggunakan handphone Samsung Note 3 saya yang telah berusia lebih kurang 5-6 tahun. Saya sangat sukakan handphone ini. Mungkin Note 7 merupakan "failure" terbesar dalam sejarah handphone. Namun begitu, secara peribadinya, saya merasakan bahawa handphone Samsung Note 3 ini adalah yang terbaik saya pernah ada dan handphone ini tahan lasak.

Mari lihat beberapa koleksi gambar yang saya ambil dengan handphone Samsung Note 3.

Gambar ini saya ambil di Pulau Tuba, Langkawi.


Gambar ini saya ambil di Gunung Kinabalu, Sabah.


Gambar ini pula saya ambil di Osaka, Jepun.

Gambar di luar Airport di Jepun (Sapporo)

Gambar ini pula saya ambil di Port Dickson.


Jika anda perasan, "style" saya mengambil gambar dan meng"edit" gambar sentiasa berubah-ubah berdasarkan "mood", "environment", masa dan lokasi. 

Bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan handphone seperti saya namun kurang pengalaman. Ada beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian iaitu:


1.) Pencahayaan yang baik. 
- Dengan pencahayaan yang baik, gambar anda akan lebih jelas dan menarik. 
- Perhatikan dari mana punca cahaya dan cuba elakkan berada bertentangan dengan matahari kerana gambar anda akan menjadi agak gelap. Walau bagaimanapun, jika anda memang ingin mendapatkan "effect" sunset, anda boleh menghadap matahari tetapi dengan posisi yang sesuai.
- Saya gemar mengambil gambar pada pukul 9-11 pagi kerana pada waktu ini cahaya matahari adalah sangat baik (untuk "natural lighting") dan juga cuaca tidak terlalu panas. 
- Harus diingat bahawa kamera handphone adalah tidak secanggih camera DSLR, oleh yang demikian, pencahayaan yang baik adalah sangat penting.


 
 Dengan pencahayaan yang baik, gambar akan menjadi lebih jelas seperti ini. 
(Gambar ini saya ambil di Osaka, Jepun). 


 Jika anda perhatikan gambar model ini seperti terdapat cahaya tambahan tetapi sebenarnya saya hanya menggunakan cahaya matahari bagi mendapatkan "effect" ini.
(Gambar ini diambil di Segamat, Johor).


 Seperti yang saya nyatakan tadi, jika anda mengambil gambar melawan arah cahaya maka objek anda akan menjadi gelap. Walau bagaimanapun, jika anda sememangnya menginginkan "effect" sebegini, maka dipersilakan. 
(Gambar ini diambil di Maldives)



2.) "Angle"
- Posisi dan arah anda mengambil gambar juga penting.
- Pernahkah anda nampak photographer tergolek-golek di lantai atau panjat-panjat bangunan / pokok untuk mengambil gambar? Mungkin anda rasa kelakar melihat gelagat mereka, namun begitu, mereka berbuat demikian adalah bagi mendapatkan "angle" terbaik untuk gambar mereka. 


 Ketika mengambil gambar ini saya terpaksa duduk membongkok di atas tanah. Hehe..
(Gambar di New Zealand)


(Sydney Opera House, Australia)


3.)  Rancang penceritaan gambar anda.
- Sebelum mula ambil gambar, fikirkan dulu apa penceritaan yang anda ingin sampaikan pada gambar anda nanti. Dengan ini, orang akan lebih mudah memahami apa yang ingin anda nyatakan pada gambar anda dan anda juga senang untuk memilih "mood" dan juga "style" untuk meng"edit" gambar anda nanti.


Kami memang menanti ombak besar datang bagi mendapatkan "shot" ini.  Anda boleh "snap" gambar berkali-kali dan kemudian pilihlah "shot" yang terbaik kerana adakalanya "shot" yang terbaik mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.
(Gambar ini diambil di Maldives)


Gambar seorang ibu dan anaknya di Sapporo, Jepun. 
Cuba teka apakah penceritaan yang ingin saya sampaikan pada gambar ini?



Perasankah anda bahawa pemain-pemain Jetski di atas sedang berborak-borak sesama mereka? 
Namun begitu, tahukah anda bahawa topi keledar, bunyi angin dan motor jetski yang kuat telah menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk berkomunikasi? Sebenarnya mereka banyak berkomunikasi secara isyarat tangan & "body language".
(Niseko, Jepun)



4.)  Fokus
- Ketika mengambil gambar, sila "set" kan terlebih dahulu di mana fokus utama gambar anda."Setting" "focus" ini penting bagi membawa mata mereka yang melihat gambar anda tertumpu pada objek utama di dalam gambar anda. 


Ini merupakan antara "shot" kegemaran saya. Saya ingin menunjukkan bahawa Kek Matcha ini kelihatan seperti ladang teh di belakang ini. Oleh itu, saya fokuskan gambar ini pada Kek Matcha tersebut.
(Gambar di Ladang Boh, Cameron Highlands)


Saya namakan gambar ini sebagai "Concrete Jungle". Saya fokuskan pada belukar dan "Blur"kan bangunan di belakang.
(Brickfields, Kuala Lumpur)



5.)  Susun Atur
- Susun atur objek di dalam gambar anda juga penting. Jika objek anda boleh digerakkan seperti manusia atau objek ringan lain, anda mungkin perlu menyusunnya mengikut aturan size, posisi, dan jenis objek. Jika objek gambar yang anda mahu ambil tidak dapat digerakkan, maka anda harus gerakkan camera anda sehingga mendapat susun atur yang terbaik untuk gambar anda. 


Dalam gambar di atas, saya ingin menunjukkan pemandangan yang cantik sepanjang merentasi jambatan itu. Adalah menjadi kebiasaan ramai untuk meletakkan objek utama dibahagian tengah gambar. Namun begitu, jika anda cuba mengubah sedikit kedudukan objek utama, dan memberi ruang kepada objek kedua untuk menonjolkan diri, anda akan dapat menonjolkan 2 perkara menarik di dalam gambar anda.
(Jambatan diantara Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, Langkawi)


Gambar ini saya cuba-cuba sahaja meniru cara susunan
yang photographer dalam majalah selalu lakukan.
(Gambar ini diambil di Thailand)



6.)  Teknik "Editing"
- Jika gambar anda sudah cukup pencahayaan, "angle" yang baik dan hasil yang cantik, anda mungkin tidak perlu meng"edit" gambar anda lagi. Ini dipanggil sebagai "Natural Effect/ No Filter/ No Editing". Namun kebiasaannya, gambar yang diambil dengan menggunakan handphone adalah agak kurang "sharp", dan kualitinya juga agak rendah berbanding DSLR, ianya akan lebih menarik jika diberi sedikit sentuhan "editing". 
- Terdapat banyak "apps" untuk "photo editing" seperti: VSCO, PicsArt, Mix, Snap Feed, dan banyak lagi. Saya dah cuba hampir kesemuanya dan setiap "Apps" mempunyai "style" mereka yang tersendiri. Instagram sendiri memunyai modul "editing" yang tersendiri. 
- "Teknik Editing" ini terlalu banyak untuk diceritakan di sini. Mungkin suatu hari nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut.


Saya edit gambar ini supaya masuk dengan tema Fantasi & "Fairy Tale"
(Tasmania, Australia)


 Saya ambil gambar ini ketika waktu senja di Masjid Nabawi, Madinah. 
Saya cuba berikan "mood" ketenangan di dalam gambar ini.


 Saya suka edit gambar ini. "Style"nya seperti yang orang Barat suka gunakan. "Less is more"
(Niseko, Jepun)


Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Nanti saya akan "share" lagi informasi berkenaan "Mobilegraphy" ini. Bagi mereka baru hendak berjinak-jinak dengan dunia "Mobilegraphy" anda bolehlah mencuba tips seperti di atas. Saya bukanlah seorang professional akan tetapi saya sangat suka mengambil gambar dan saya ingin berkongsi ilmu saya yang cetek ini dengan anda semua. Semoga perkongsian saya ini berguna untuk anda. 




Love;
-Le BARISHA-
(22nd April 2017 - Saturday)



















Comments

Post a Comment