SEWA TEPAK SIREH MURAH - KOLEKSI TERBARU LE BARISHA
2018. Selamat Tahun Baru semua, semoga tahun ini baru ini lebih baik dari sebelumnya. Amin. Le BARISHA kini Alhamdulillah mempunyai beberapa lagi koleksi Tepak Sireh terbaru. Memandangkan permintaan sewaan Tepak Sireh yang semakin meningkat, kami akhirnya mengambil keputusan untuk menambah koleksi Tepak Sireh kami.
Pada awal penubuhan Le BARISHA kami cuma mempunyai satu set Tepak Sireh sahaja yang dipinjam daripada ibu. Semakin lama, semakin ramai yang mencari-cari kami untuk menyewa Tepak Sireh, memandangkan kami cuma mempunyai 1 set Tepak Sireh sahaja, akhirnya setelah sekian lama kami berjaya mengumpul bajet bagi menambah satu lagi set Tepak Sireh milik kami sendiri. Itulah Tepak Sireh pertama milik Le BARISHA.
Selain itu, memandangkan harga Tepak Sireh yang sangat tinggi, jadi kami memerlukan masa untuk menyimpan wang bagi menambah koleksi Tepak Sireh. Kami telah survey harga-harga Tepak Sireh dan telah mencari di kawasan-kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Nilai, Johor, Pahang dan Padang Besar. Walau bagaimanapun, sangat susah nak cari kedai yang ada menjual Tepak Sireh. Kami ada bertanya kepada penjual-penjual, mereka mengatakan bahawa kerana harga barang yang semakin meningkat, harga cukai yang makin tinggi dan kerana semakin kurang pakar pembuat Tepak Sireh telah menyebabkan bekalan Tepak Sireh semakin berkurangan dan harganya pula semakin meningkat.
Percaya atau tidak, harga jualan Tepak Sireh di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai bermula daripada RM300-RM1,000++.. Dengan harga yang begitu tinggi ini, tidak ramai yang mampu untuk membelinya. Jadi, kami terpaksa mencari hingga ke Kelantan dan Terengganu bagi mendapatkan stok Tepak Sireh yang baru.
Sepanjang proses pencarian Tepak Sireh ini, kami telah mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia, dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok. Akhirnya, kami berkunjung ke Terengganu, yang merupakan negeri pengeluar Tepak Sireh di Malaysia.
Peniaga Tepak Sireh di Terengganu mengajar kami bahawa, Tepak Sireh yang bercorak-corak seperti di atas adalah asli buatan Terenggganu dan merupakan design turun temurun. Manakala Tepak Sireh dengan bentuk yang sama tapi tanpa corak dan bersaiz lebih kecil adalah berasal dari Thailand.
Manakala Tepak Sireh yang berbentuk bulat dan tinggi ini adalah jenis eksklusif. Bentuknya lagi cantik dan saiznya lebih besar. Harganya juga jauh lebih mahal. Kami sangat berminat dengan ketiga-tiga jenis Tepak Sireh ini dan mengambil keputusan untuk membeli kesemuanya sekali.
Kami tahu ramai bakal pengantin yang mahu berjimat untuk majlis mereka dan tidak ramai yang mampu untuk memiliki Tepak Sireh sendiri. Jadi, bagi membantu bakal-bakal pengantin di luar sana, kami telah mengambil keputusan untuk menyewakan Koleksi Tepak Sireh Le Barisha pada harga yang murah. Sambil berniaga sambil menolong gitu.
Harga sewaan Tepak Sireh untuk tempoh seminggu adalah seperti berikut:
1.) Tepak Sireh jenis biasa = RM22
2.) Tepak Sireh Asli Terengganu (bercorak & lebih besar) = RM25
3.) Tepak Sireh eksklusif (bulat & tinggi) = RM28
Anda boleh whatsapp kami di 019-4333200 untuk tempahan tarikh sewaan.
Anda juga boleh follow laman social kami untuk mengikuti perkembangan kami:
1.) Instagram kami = @le_barisha
2.) Facebook = @lebarisha2015
3.) Youtube CHannel = Le BARISHA
Love:
Le BARISHA
Comments
Post a Comment