SEWA DULANG HANTARAN MURAH

Assalamualaikum dan hello semua.

Dulang hantaran merupakan antara perkara yang penting dalam adat orang Melayu. Kedua-dua pihak Pengantin akan mempersembahkan hadiah-hadiah perkahwinan mereka di atas dulang-dulang hantaran yang cantik. Adat yang indah ini telah dilakukan secara turun temurun, daripada reka bentuk dulang hantaran secara traditional hinggalah ianya telah berevolusi menjadi bentuk-bentuk yang lebih moden. Kepelbagaian dalam reka bentuk dulang hantaran ini telah mewarnai dunia perkahwinan. Dulang hantaran yang cantik-cantik akan dipersembahkan oleh kedua-kedua pihak pengantin, disusun dengan cantik di kawasan hadapan / tepi pelamin dan boleh dikatakan sebagai lambang cinta mereka. Ketelitian dalam menghasilkan dekorasi dulang hantaran seolah-olah melambangkan kesungguhan kedua-dua mempelai dalam membina mahligai rumah tangga.

Koleksi Pertama Dulang Hantaran Le BARISHA yang diberi nama Le REFLECTION of LOVE.

Koleksi Pertama Dulang Hantaran Le BARISHA yang diberi nama Le REFLECTION of LOVE - POT OF GOLD

Tahun demi tahun, kos untuk membuat dulang hantaran semakin lama semakin meningkat. Ramai yang mula merungut mengenangkan harga barang yang semakin lama semakin tinggi. Percaya atau tidak, jika anda "survey" harga jualan satu set dulang hantaran yang mengandungi 5 dulang beserta dekorasi boleh mencecah harga RM500 hingga RM 1,000 (bergantung kepada jenis dekorasi, material yang digunakan dan kualiti buatan dulang hantaran tersebut). Jangan terperanjat jika saya katakan bahawa saya pernah jumpa koleksi dulang hantaran yang harganya mencecah beribu-ribu ringgit. Mengenangkan harga dulang hantaran yang sangat tinggi, saya mula mendapat idea untuk mengumpul beberapa koleksi dulang hantaran untuk disewakan secara murah kepada orang ramai.

Koleksi Dulang Hantaran Pertama Le BARISHA. Kami namakan koleksi dulang hantaran ini sebagai "Le REFLECTION of  LOVE". Ianya telah digunakan untuk sebuah majlis pertunangan dan kemudian semakin ramai pelanggan yang berminat untuk menyewa dulang ini.



Saya buka sewaan dulang hantaran saya dari serendah RM5 hingga RM35 sahaja (tanpa dekorasi dan mengikut jenis dulang) buat tempoh 7-10 hari. 

Koleksi Dulang Hantaran Le BARISHA seperti gambar di atas adalah jenis "Medium Range". Pada kebiasaanya kami menyewakan dari harga RM11-RM18. Namun begitu, ketika tempoh promosi harga sewaan boleh turun hingga RM8.50 -10 sahaja buat tempoh 7-10 hari (tanpa hiasan).

Koleksi Dulang Hantaran Le BARISHA seperti gambar di atas adalah jenis "High End". Pada kebiasaanya kami menyewakan dari harga RM25-RM35. Namun begitu, ketika tempoh promosi harga sewaan boleh turun hingga RM20 - 25 sahaja buat tempoh 7-10 hari (tanpa hiasan).


Kebanyakkan Koleksi Dulang Hantaran Le BARISHA mempunyai konsep modern dan "simplicity". Reka bentuk dulang hantaran yang "simple but elegance" menyebabkan dulang ini cukup cantik walaupun tanpa dekorasi, dan ia memberi ruang kepada pelanggan untuk meluahkan kreativiti masing-masing bagi menghiasi dulang hantaran mereka.

Selain itu, saya juga mempunyai beberapa koleksi "accessories" dan juga bunga yang turut boleh disewa bersama-sama dengan dulang hantaran. 

2 set dulang hantaran yang digabungkan menjadi satu bagi memberi ketinggian kepada hantaran dan memberi bentuk yang lebih eksklusif. 

Dari semasa ke semasa, kami akan berkongsi beberapa contoh hiasan dan gubahan yang boleh dilakukan sendiri oleh para pelanggan kami. 

Koleksi Dulang Hantaran Le BARISHA yang diberi nama Le HOUSE of LOVE. Sizenya lebih besar dan boleh memuatkan hadiah hantaran yang bersaiz besar atau dalam kuantiti yang banyak.


Kebiasaannya kami akan "update" kesemua gambar-gambar koleksi terbaru dan juga gubahan terbaru dulang hantaran di dalam instagram kami.

Anda boleh follow instagram @le_barisha atau facebook @lebarisha2015 untuk melihat kesemua koleksi-koleksi Dulang Hantaran Le BARISHA. 

Anda boleh juga hubungi kami di 019-215 8822 untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut.

Sekian, salam mesra dari Le BARISHA.



Love;
-Le BARISHA-
(23rd April 2015 - Sunday)

Comments