KESERONOKKAN DUNIA MOBILEGRAPHY

Assalamualaikum dan hi semua.

Sebagai sambungan daripada post yang sebelum ini, kali ini saya ingin membicarakan lagi tentang dunia "MOBILEGRAPHY". Jika orang yang mengambil gambar dengan camera canggih seperti DSLR digelar sebagai "Photographer" maka, mereka yang mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit pula bolehlah digelar sebagai "Mobilegrapher". Panggilan lebih "glamour" begitu.

Saya ambil gambar juru gambar ini dengan menggunakan telefon bimbit.
(Lokasi: Maldives)

Ladang Teh Boh di Cameron Highland.


Siapa yang layak untuk jadi Mobilegrapher?
Semua orang layak. Anda cuma perlukan telefon bimbit berkamera.


Apakah kebaikan menjadi Mobilegrapher?
Kebaikkannya ada banyak, mari saya sebutkan beberapa kebaikkannya.

1.) Kos yang murah kerana anda hanya perlukan telefon bimbit anda sahaja.
2.) Mudah kerana telefon bimbit sangat mudah untuk dikendali.
3.) Ringan untuk dibawa ke mana sahaja.
4.) Terdapat banyak Aplikasi untuk meng"edit" gambar.
5.) Jimat masa kerana anda boleh mengambil gambar bila-bila masa sahaja.
6.) Tidak perlu mengupah jurugambar untuk gambar-gambar yang biasa.
7.) Boleh membantu perniagaan anda dengan mengambil gambar-gambar produk anda dengan cantik
8.) Kebebasan untuk memilih lokasi, tema dan "style" gambar anda.
9.) Boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi Mobilegrapher untuk pihak lain ataupun dengan memasuki pertandingan.

Saya pernah beberapa kali cuba memasuki pertandingan Mobilegraphy dan Alhamdulillah telah beberapa kali menang. Ada pertandingan yang menawarkan hadiah, namun begitu, ada juga pertandingan yang tidak menawarkan hadiah tetapi mereka akan letakkan gambar anda di pameran-pameran.


Antara pertandingan yang gambar saya terpilih untuk dipamerkan di Kilang Bateri, Johor.

Alhamdulillah gambar saya terpilih untuk pameran.



Gambar-gambar di atas merupakan para pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh group "my_genggua". Cuba cari mana satu gambar yang saya ambil? Hehe. 


Anda boleh juga cuba mengukur tahap kemahiran anda sebagai Mobilegrapher dan belajar berbagai-bagai teknik Mobilegraphy dengan memasuki "Group Mobilegrapher / Photographer". Terdapat banyak "Group Mobilegrapher" tidak kira di dalam Malaysia atau di luar negara. Kebiasaannya "Group Mobilegrapher" ini akan mengadakan "Weekly Competition" untuk semua ahlinya bagi memilih gambar yang terbaik. Cubalah memasuki pertandingan mingguan ini bagi menguji tahap kemahiran anda. Pertandingan mingguan biasanya kurang persaingan tidak seperti pertandingan bulanan atau pertandingan untuk "special event". Anda boleh juga berkawan dengan ahli-ahli di dalam "group" itu dan saling bertukar-tukar ilmu dan pengalaman. Saya banyak mendapat kawan baru dari "Group Mobilegraphy" dan merekalah yang banyak mengajar saya teknik-teknik mengambil dan meng"edit" gambar yang cantik.

 Group IG Malaysia adalah antara Group Mobilegraphy & Photography yang terkenal. Kali ini gambar saya terpilih sebagai HDR terbaik.

Group IG Malaysia adalah antara Group Mobilegraphy & Photography yang terkenal. Kali ini gambar saya terpilih sebagai gambar Landscape terbaik.

 Antara Weekly Competition yang saya sertai. Gambar saya yang terpilih adalah No.1 dibarisan kedua,

 Antara Weekly Competition yang saya sertai. Gambar saya yang terpilih adalah No.3 dibarisan kedua,

Antara Weekly Competition yang saya sertai. Gambar saya yang terpilih adalah No.2 dibarisan pertama,


Selain itu, saya ada juga menghantar beberapa gambar sebagai penyertaan untuk menjadi ahli beberapa "International Mobilegrapher & Photography Group". Alhamdulillah saya telah berjaya terpilih. Seronok rasanya apabila kemahiran kita diiktiraf di peringkat International.






Semakin lama saya semakin gemarkan dunia Mobilegraphy ini. Saya mula mengambil gambar untuk produk-produk syarikat serta untuk beberapa event. Sayalah yang ditugaskan untuk ambil gambar ketika adik saya punya majlis pertunangan. Siapa sangka dengan hanya berbekalkan sebuah telefon bimbit berkamera saya sudah boleh mengambil gambar cantik-cantik. Ia bukan sahaja banyak membantu membangunkan syarikat malah dapat membantu ahli keluarga sendiri. Selain itu, saya juga ada mendapat beberapa permintaan dari orang ramai untuk saya ambilkan gambar event mereka.

 
 Gambar Koleksi Dulang Hantaran kami.
  
Gambar Koleksi Dulang Hantaran kami.

 Gambar Promosi Restoran Mad Ayam Kampung.

 Gambar Promosi Produk Tudung.

 Gambar Promosi Produk Tudung.


 Gambar Promosi Produk Tudung.

Majlis Pelancaran Produk Tudung Atita Haris yang Syarikat kami tolong Pasarkan.


Bidang Mobilegraphy adalah suatu bidang yang sangat menyeronokkan dan sesiapa sahaja layak untuk memasuki dunia Mobilegraphy ini. Ianya semakin "trending" dan sudah mula banyak diceburi oleh orang ramai terutamanya kaum remaja dan belia. Siapa tahu satu hari nanti alam Mobilegraphy akan berdiri setaraf atau menjangkaui dunia photography. Haha! Jangan marah. Saya cuma membayangkan sahaja. Setakat ini sahaja "post" saya kali ini. Wasalam.


Love;
-Le BARISHA-
(23rd April 2017 - Sunday)

Comments