RESEPI BERGEDIL BEBOLA IKAN DENGAN BREAD CRUMBS


Salam Ramadhan semua. Kali ni Le BARISHA ingin kongsikan resepi ahli keluarga kami iaitu "Bergedil Bebola Ikan Menari Bersama Kentang dan dipeluk oleh Bread Crumbs"...Nyum3! ðŸ˜„

Bahan2 utk bebola : 
1. Ikan tenggiri 
2. Kentang
3. Sedikit air garam

(Rebus ikan & kentang sekali sehingga kentang lembut)...Kemudian, buang tulang ikan & tumbuk kedua-duanya sampai lembut. Campurkan air garam pada adunan yang membentuk doh itu.


Bahan2 sayuran & rempah :
1. Daun sup & daun bawang (hiris)
2. Cili merah (potong dadu)
3. Bawang merah (potong dadu)
4. Sedikit garam & lada hitam

Campurkan kesemua bahan2 bebola & sayuran...Kemudian, buatkan bentuk bebola...

Bahan2 Crumbs:
1.) Bread crumbs
2.) Telur (kacau rata)

Masukkan bebola ke dalam telur & digaul rata dengan cepat...Kemudian, golek-golekkan bebola di atas pinggan yang berisi bread crumbs.

Bebola yang telah siap "menari-nari" atas bread crumbs bolehlah digoreng pada api sederhana panas atau disimpan di dalam freezer sebagai frozen food... 

Peerrgh! Memang terliur....Bebola ini boleh dihidangkan bersama nasi dan dimakan bersama lauk lain. Saya lebih suka ratah sahaja bergedil ini. Yummy!

Selamat mencuba... ðŸ˜‰


Love:
Le BARISHA


Comments