KISAH PEMBANGUNAN SEBIDANG TANAH KECIL YANG BERNAMA TANDANG SERI VILLAGE DI PULAU TUBA, LANGKAWI - PART 2

TANDANG SERI VILLAGE di Tanjung Pandan sebelum pembangunannya merupakan sebuah kawasan belukar yang penuh dengan semak samun dan sampah sarap. Namun begitu, setelah membayangkan potensi besar yang ada pada Tanjung Pandan, Ayah saya mengambil keputusan untuk membeli tanah tersebut serta membersihkannya.


Floating Wakaf di Tandang Seri Village
Foto oleh: Le BARISHA

Setelah selesai kerja pembersihan tanah Tandang Seri Village dan kawasan pantai di Tanjung Pandan, Ibu mula membaiki Kantin Usang tempat kami menginap. Lega rasanya tempat tinggal kami dah berpintu dan tingkap. Ibu juga telah membaik pulih bumbung dan dinding kantin tersebut.

Kantin Usang yang telah Dibaik Pulih oleh Ibu dan Orang Kampung
Foto oleh: Le BARISHA

Kemudian, ayah telah memanggil saya untuk mereka bentuk wakaf untuk menggantikan tiang-tiang usang kilang lama yang berada di laut. Mula-mula saya tiada idea untuk design wakaf tersebut. Tetapi setelah Abang Man (sepupu) saya tolong sketchkan idea untuk kami. Saya pun berjaya menghasilkan beberapa sketch design untuk wakaf tersebut. 
 
 Gambar Sketch Saya di sebelah Kiri & di sebelah Kanan adalah Floating Wakaf yang dalam Pembinaan.
 Proses Membina Floating Wakaf.
Foto oleh; Le BARISHA

Secara tidak langsung Floating Wakaf ini telah menjadi LANDMARK untuk Tanjung Pandan. Ramai pengunjung dan Pengantin yang suka bergambar di wakaf ini. 

Di hujung pelusuk Tanjung Pandan terdapat sebuah tanjung kecil dengan pemandangan yang indah. Di situ ayah saya telah membina sebuah lagi wakaf. Tempat ini sangat nyaman dan terdapat banyak ikan. Wakaf ini kami gunakan untuk berkelah dan memancing ikan. 

Satu lagi Pembinaan Wakaf di Hujung Tanjung Pandan.

Kos pembinaan di Pulau Tuba adalah sangat tinggi. Barang-barang pembinaan harus di bawa dari Pulau Langkawi dan kos pengangkutan dan upah pekerja adalah sangat tinggi. Oleh itu, ayah mengambil keputusan untuk mencari rumah tradisional lama yang tidak digunakan lagi bagi dipindahkan ke Tandang Seri Village dan dibaik pulih. Kosnya lebih rendah dan sesuai dengan konsep yang ayah ingin terapkan di Tandang Seri Village iaitu konsep Traditional. Dengan bantuan kawan-kawan di sana, ayah berjaya mendapatkan 2 rumah tradisional lama yang sesuai. 

Rumah Traditional Asal yang Kami Pertama Kami Beli.

 Rumah Lama yang telah dibaik pulih dan diubah suai.

Rumah Lama yang telah dibaik pulih dan diubah suai.

Rumah pertama ini ayah namakan sebagai RUMAH IBU, manakala rumah kedua pula diberi nama RUMAH AYAH. 

Kedua-dua rumah ini telah diubah suai mengikut cita rasa ayah dan ibu. Untuk rumah kedua saya telah design supaya lebih tinggi menjadi 2 tingkat dan mempunyai ciri-ciri modern vernacular serta rustic.

Lukisan Pelan Rumah Ayah yang telah saya Hasilkan.


Rumah Ayah yang telah Siap Dibina.
Foto oleh: Le BARISHA

Kemudian, ibu dan ayah membina sebuah Outdoor Bathroom dan beberapa Showers di kawasan luar rumah. Ini memudahkan kami dan pengunjung untuk mandi setelah pulang dari laut. 

Outdoor Bathroom dan Showers yang telah Siap Dibina.

Ampaian Baju turut Dibina. 

Selain itu, ayah juga telah mencantikkan kawasan Tandang Seri Village dengan pelbagai Softscape dan Hardscape. Sekarang Tandang Seri Village bukan sahaja telah bersih malah lebih cantik dari sebelumnya. 

 Pantai yang telah Dibersihkan bersama Pokok-Pokok Kelapa yang Baru Ditanam. 

Jika anda perhatikan gambar di atas, di bahagian kiri anda akan nampak wakaf kedua yang telah kami bina. Kebanyakkan pokok-pokok kelapa kecil itu telah ditanam oleh Ayah dan Mizal. 

 Hiasan Landscape yang Ayah Hasilkan bersama Mizal. Bunga Orkid ini adalah Kegemaran Ayah. 

Secara keseluruhannya, Tandang Seri Village dibina mengikut konsep GREEN iaitu dengan mengambil berat akan faktor alam semula jadi, menggunakan banyak produk tempatan, RECYLE, membaik pulih bangunan lama, dan memelihara alam sekitar. Kami juga mengaplikasikan konsep ADAPTIVE REUSE iaitu menggunakan bangunan lama dan sedia ada bagi mengurangkan kerosakan pada alam semula jadi. Yes, we are going GREEN.

 Pemandangan Tandang Seri Village dari Floating Wakaf.

Pada awalnya, kawasan ini tidak berpagar. Namun begitu, oleh kerana terdapat pelbagai ancaman serta gangguan daripada haiwan liar serta manusia, maka kawasan ini terpaksa dipagar. Sudah banyak kali Ular, Beruk, Kerbau, dan bermacam-macam telah memasuki kawasan ini. Bukan itu sahaja, terdapat ramai pengunjung yang curi-curi masuk ke dalam kawasan kami, membuat sampah, dan ada pula yang membuat rumah kami seperti rumah mereka sendiri. Walaupun, ayah sudah pengupah penduduk kampung untuk membersihkan keseluruhan kawasan Tanjung Pandan, tetapi masih ada pihak yang tidak menghargai usaha kami dengan mengotorkan kembali tempat ini. Walaupun telah berkali-kali kami bersihkan tetapi usaha kami seperti tidak dihargai. Malah ramai yang lebih berminat untuk memasuki kawasan kami kerana ianya lebih bersih dan cantik. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk memagar kawasan Tandang Seri Village.

Percaya atau tidak, walaupun telah dipagar, tetap masih ada pihak yang curi-curi masuk. Yang peliknya siap ada pengunjung yang mengadu di dalam blognya kerana telah disuruh keluar oleh Mizal setelah beliau mencuri-curi masuk ke kawasan kami. Pelik saya lihat perangai segelintir orang ini (Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa saya mahu menulis blog - kerana saya mahu menceritakan kebenaran). Walau bagaimanapun, tidak semua orang berperangai buruk sebegitu. Rata-rata penduduk Pulau Tuba dan pengunjung adalah baik-baik dan peramah orangnya.

 Pemandangan Tandang Seri Village dari atas Rumah Ayah.
Foto oleh: Le BARISHA

Oh, ya. Lupa saya nak beritahu kenapa tempat ini dinamakan sebagai Tandang Seri Village. Tandang membawa maksud orang yang bertandang ataupun tetamu. Manakala, Seri membawa maksud cahaya atau keindahan. Village pula menunjukkan kepada perkampungan. Ayah kata makna keseluruhannya seperti memberitahu orang ramai bahawa Perkampungan Kecil Ini Menyambut Tetamu dengan Seri. Selain itu, Tandang Seri juga merupakan nama arwah moyang kami yang rapat dengan Ayah. Disebabkan ayah sangat sayangkan moyang kami itu dan namanya amat secocok dengan tempat ini, maka tanah ini dinamakan sebagai TANDANG SERI VILLAGE. 


Love;
Le BARISHA






Comments