TEPAK SIREH Dot Com - Sewa Tepak Sireh & Dulang Hantaran MURAH!!


Salam & hello everyone. Le BARISHA kini telah membuka satu lagi akaun INSTAGRAM khas untuk sewaan Tepak Sireh & Dulang Hantaran yang diberi nama sebagai: TEPAK SIREH.COM. 

Memandangkan instagram utama Le BARISHA mempunyai berbagai-bagai jenis update, jadi kami telah mengambil keputusan untuk membuka satu lagi akaun IG khas untuk barang-barang sewaan perkahwinan agar para pelanggan lebih mudah untuk memilih produk-produk yang ingin disewa. 



Harga sewa Tepak Sireh kami sangatlah murah. Cuma RM22-28 sahaja bergantung pada jenisnya. Tahukah anda jika anda membeli satu Tepak Sireh baru di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan juga Nilai; harganya sangatlah mahal, lebih kurang RM300-700. Oleh itu, Le BARISHA telah mengambil keputusan untuk membantu para Pengantin dengan menyediakan perkhidmatan sewaan. Kini para Pengantin bolehlah mengurangkan bajet pertunangan / perkahwinan dengan menyewa produk-produk dari kami. 


Haaa, duit yang sudah dijimatkan itu bolehlah digunakan untuk kehidupan selepas kahwin nanti. Selain Tepak Sireh, kami juga ada menyediakan perkhidmatan sewa Dulang Hantaran, set Renjis, accessories, bunga dan bermacam-macam lagi. Fuh! Banyak benda anda boleh jimat ni. 


Kesemua produk-produk kami berkualiti tinggi dan eksklusif. Barang-barang Tembaga kesemuanya original. Memang mahal kalau beli diluar. Tapi, kerana ingin membantu para Pengantin dalam bajet mereka sambil berniaga, kami hanya menyediakan produk-produk berkualiti buat anda semua pada harga yang MURAH. Betul-betul berbaloi. 


Anda boleh follow Instagram Le BARISHA dan juga Tepak Sireh.com bagi melihat produk-produk sewaan yang kami sediakan. 


Le BARISHA mempunyai koleksi-koleksi barang-barang perkahwinan yang banyak. Untuk Tepak Sireh sahaja kami mempunyai 4 jenis koleksi. Manakala Dulang Hantaran pula kami mempunyai lebih daripada 10 jenis koleksi. Ada pelbagai pilihan yang anda boleh pilih sendiri mengikut bajet dan taste anda. 


Anda boleh whatsapp kami di 019-4333200 untuk tempahan atau maklumat lanjut. 

Sekian, terima kasih.


Love;
Le BARISHA

Comments