(Citarasa Istana) Ikan Patin Tempoyak Original Temerloh Sedap di Restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya
Pada awal bulan Ogos 2018, Restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya telah menghidangkan menu istimewa terbaru mereka iaitu "IKAN PATIN TEMPOYAK ORIGINAL TEMERLOH" dengan Motto mereka; "MENU ISTANA UNTUK SEMUA".
Kami amat tertarik dengan motto itu. Mengapakah Restoran Mad Ayam Kampung memilih motto tersebut? Adakah mereka benar-benar menghidangkan menu seperti di Istana atau hanya sekadar gimik?
Tukang masak- tukang masak Ikan Patin Tempoyak ini telah dibawa khas dari Temerloh ke Cyberjaya. Siapakah mereka ini?
Mereka adalah Puan Linda dan Encik Madhir. Mereka mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam dunia masakan, terutamanya masakan berkenaan Ikan Patin Tempoyak. Ya, mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam menyediakan menu-menu untuk Istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, artis-artis dan banyak lagi.
Motto Menu Istana itu bukanlah sekadar gimik tetapi pengalaman mereka sendiri selama bertahun-tahun dalam menyediakan pelbagai menu untuk Sultan Pahang & kerabat di-Raja. Haaa, bukan calang-calang orang yang dibawa ke Restoran Mad Ayam Kampung ini. Masakan mereka memang sedap sampaikan Sultan dan orang-orang kenamaan pon sukakannya.
Adjunct Professor Dato' Sr. Zulkefli Mohd. Zain, Datin Halimahtus Sa'adiah Sanam, Encik Khairul Anwar & dan beberapa orang Directors; boss-boss besar Restoran Mad Ayam Kampung telah lama menyimpan keinginan untuk menyediakan menu Ikan Patin Tempoyak yang sedap di Restoran Mad Ayam Kampung. Namun begitu, bekalan ikan patin yang mereka dapati sebelum ini tidak segar dan kurang enak. Jika dimakan seperti ada rasa tanah.
Oleh itu, Dato' Zulkefli telah membawa "M.A.K Management Team" ke Temerloh bagi mencari Tukang masak dan juga bekalan Ikan Patin segar yang sedap dari Sungai Temerloh.
Dato' Zulkefli & Datin Halimah telah mengenali Puan Linda & keluarga sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Keluarga mereka telah lama membuka perniagaan Ikan Patin Tempoyak dan antara yang terkemuka di Temerloh. Resepi rahsia turun temurun keluarga mereka memang sedap dan menjadi kegilaan ramai. Dato' Zulkefli sendiri sanggup ke Temerloh bertahun-tahun lamanya semata-mata untuk makan Ikan Patin Tempoyak yang disediakan oleh keluarga Puan Linda.
Puan Linda sendiri pernah membuka restoran yang diberi nama sebagai Restoran Koi Patin Temerloh. Restoran ini telah mendapat sambutan ramai hingga pernah keluar dalam rancangan "Destinasi Selebriti".
Namun begitu, pada tahun 2018, Puan Linda & Encik Madhir mula berminat untuk melebarkan sayap ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka telah menghubungi Datin Halimah dan menyatakan hasrat mereka untuk menyertai Team M.A.K (Mad Ayam Kampung).
Setelah menerima berita gembira ini, Professor Adjung Dato' Sr. Zulkefli terus membawa M.A.K Management Team ke Temerloh bagi menemui Puan Linda & keluarga. Selain itu, mereka turut mencari bekalan-bekalan ikan patin segar dan sedap di sana. Bekalan tempoyak turut dibawa dari Temerloh.
Puan Linda & Encik Madhir telah membawa M.A.K Management Team melawat pusat penternakan ikan patin di Sungai Temerloh dan telah memperkenalkan pembekal ikan patin segar di sana.
Seorang graduan muda bersama keluarganya telah mengusahakan perniagaan membekal ikan patin ini bertahun-tahun lamanya. Ikan patin mereka amat segar dan sedap. Tidak berasa tanah. Kenapa ikan patin mereka sedap? Haaaa, rahsianya adalah pada air Sungai Temerloh yang sentiasa mengalir, tempat yang bersih dan pada makanan ikan yang berkualiti tinggi.
Graduan muda ini menggunakan ilmu yang dipelajari di Universiti dalam perniagaan beliau bersama keluarga. Beliau tahu apa yang terbaik untuk ikan-ikan mereka. Ikan-ikan ini turut dibela dengan penuh kasih sayang. Patutlah sedap. Hehe.
Selain ikan Patin, ada juga Ikan Kerai, Ikan Baung, Udang Galah dan macam-macam lagi. Ikan Kerai ni memang sedap. Boleh di masak Tempoyak atau digoreng panas-panas. Ikannya manis rasanya. Kalau digoreng, kulitnya sangat rangup. Ikan ini sangat eksklusif dan kurang berada di pasaran.
Namun begitu, anda boleh dapatkannya di Restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya. Ikan eksklusif ini hanya akan dimasak atas permintaan. Jadi jika anda ingin rasa Ikan Kerai, Baung dan Udang anda boleh order sahaja di Kaunter Restoran Mad Ayam Kampung.
Manakala Ikan Patin pula boleh di masak Tempoyak.
Atau yang paling best, jadi "Pais Patin Petai Tempoyak".... Peeerrgh! Favourite ni...
Semuanya ada di Restoran Mad Ayam Kampung. Anda boleh pilih bahagian mana yang anda suka.
Kini, anda tidak perlu memandu jauh-jauh ke Temerloh bagi mendapatkan hidangan Patin Tempoyak yang sedap. Anda boleh sahaja datang ke Restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya.
Ramai yang dah cuba Ikan Patin Tempoyak Original Temerloh ini dan ramai yang mengatakan rasanya sangat enak dan ada yang datang berulang kali kerana tidak puas makan Ikan Patin Tempoyak Temerloh ini. Alhamdulillah. Percaya atau tidak, orang-orang dari luar negara pon sudah mula mencuba ikan patin ini. Hehehe... Pelik tapi benar. Nampaknya hidangan Patin Tempoyak ini boleh dikomersialkan.
Bak kata M.A.K Team; inilah "Citarasa Istana untuk Semua".
Restoran Mad Ayam Kampung Cyberjaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 11pagi hingga 4 petang. Ikan Patin Tempoyak Original Temerloh dimasak setiap hari kecuali hari restoran ditutup. Mari cuba menu istana ini. Cuba sekali pasti (in sya Allah) anda nak lagi dan lagi. Hehe...
Love:
Le BARISHA
Comments
Post a Comment